advertlets

Wednesday, November 9, 2011

SuNyI..

Hmm..xtau mcm mana nk start.. Baru2 ni balik kg braya Aidiladha amatla menyeronokkan..dapa berkumpul bramai2..emm.. bukan selalu bole mcm tu.. Nayli pun seronok sgt even dat time dia dmam.. yela Kl - KT..for me not too far tp bg kanak2 mcm Nayli, mestila memenatkan dgn diri yg x sihat..huhuhu.. (mcm jiwang je mama kan?)

skang ni dh blik KL..mama n papa dh start keje..& papa lak dh start kn g site office lg..so mulalah blik prasaan sunyi kami berdua..dh la last week about 8days gak papa xde..ini xla lama sgt..tp still sunyi..especially weekend. Bile sunyi tu..mulala ade prasaan boring..stress coz xtau nk buat pe..as a kid, Nayli lagi la..msti mengarut2 jer..nak hilangkan kesunyian tu, nayli layan la boboiboy..tom n jerry..x pun channel 613, disney junior..

Tp kalo asyik ngadap tu pun, msti lama2 boring jugak..bkn mama xnk bwk nayli jln2, tp bile papa xde, mcm mls je nk kuar g mana2..except g keje, coz keje tu dh t/jwb.. so bile weekend tu, mmg mls sgt nk kuar..tp kesian Nayli kan.. sory yer syg..

Hope this weekend, kita x sunyi or bosan sgt..nnt mama pikir ape nk buat eh..huhuhu...

Bile duk searching2 td, terjumpa la entry ni cara-cara untuk melawan rasa sunyi.. Antaranya termasuklah;

pict from google


Memerlukan satu lingkaran sosial yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang lain - bermaksud, untuk menghilangkan / mengurangkannya, kite mestilah keluar ke tempat awam, dan cuba cari teman untuk bersembang. Sekiranya mood untuk bersembang itu tiada,  dengan hanya peruntukkan masa anda untuk melihat gelagat orang ramai diluar . Ini dapat membantu untuk anda melawan perasaan sunyi yang anda rasakan.

Selain itu,Cuba sibukkan diri anda untuk melakukan sesuatu. Salah satu petanda yang menunjukkan bahawa kita berasa sunyi adalah waktu tidur  terganggu, sering terjaga pada waktu malam dan akan berasa mengantuk pada siang hari. Tidur yang terganggu dalam apa-apa situasi sekalipun akan membuatkan seseorang hilang mood, memudahkan untuk mendapat penyakit dan akan melemahkan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti harian. benda la yang sering menghantui diri kita sebenarnya.

Kita perlu mencari apakah punca yang membuatkan anda berasa sunyi. Ini  kerana sekiranya kita dapat mengenalpasti punca kesunyian, ia akan memudahkan  untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Tetapi jauh di dalam sudut hati, masih merasakan kesunyian. Ini adalah kerana penyelesaian untuk kesunyian yang anda rasakan masih belum selesai. Sebagai contoh, mungkin kesunyian yang anda rasakan adalah daripada perhatian seorang lelaki. Untuk penyelesaian terbaik, anda perlu menjalinkan persahabatan dengan lelaki untuk membantu anda mengurangkan sedikit rasa kesunyian.heheh..ini utuk yang bujang la.. Sebagai seorg ibu & wife, kita perlu pandai utuk tidak merasa kesunyian..buat la ape sahaja asalkan anak kita tidak stress dgn keadaan kita.. (sources from http://www.top5reason.com)

Actually this is a good tips for me yg always stress when Nayli dh start buat perangai..Bile kita stress anak yang akan menjadi mangsa nya..


layan Nayli melukis
Nayli suka rabbit

Nayli yang bosan




nayli demam lagi..







Nayli demam lagi.. mlm raya haji hrtu tetiba je badan dia panas..hidung dia brair..sian tul.. so mcm besa la bile dah demam, badan xselesa, mula la muntah2..and yang paling teruk..dia merengek2 and buat perangai la.. huhu..


sampai la hrni dia still demam lg, tp dh kurang ckit la.
Td duk search2 internet, i jumpe la artikel about demam  - Tanda badan anak melawan penyakit (http://www.susu.my).




Pengurusan sendiri (info sihat - Jabatan Kesihatan Malaysia)

  • Anda dinasihatkan supaya meminum banyak air, terutama air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang. Awasi tanda-tanda dehidrasi yang mungkin berlaku.
  • Catatkan bacaan suhu setiap 2 jam dan jika perlu catatkan setiap kali berlaku perubahan gejala. Kekerapan menyukat suhu mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak tetapi perubahan tingkah laku dan keluhan mereka boleh menjadi panduan untuk memberi ubat.
  • Bagi demam yang menyebabkan ketidakselesaan, lapkan badan dengan air suam dan ambil parasetamol atau ubat antipiretik lain. Jangan memberi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang berumur di bawah 20 tahun.
Berjumpalah doktor sekiranya....
  • Demam melebihi 40 0C yang tidak surut walaupun selepas 2 jam rawatan diberikan di rumah.
  • Demam yang berterusan: Banyak penyakit yang berpunca dari virus seperti selsema menyebabkan demam dengan suhu setinggi 39 0C atau lebih untuk jangka waktu yang singkat (12-24 jam).
  • Demam disertai dengan tanda-tanda jangkitan bakteria yang lain.
  • Demam yang dikaitkan dengan gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan.
Secara amnya, demam merupakan gangguan yang tidak berjangkit dan tidak merbahaya. Maka tujuan utama rawatan ialah untuk mengurangkan/melegakan ketidakselesaan yang dirasai. Dengan itu pendekatan sederhana bagi rawatan antipiretik (mengurang atau melegakan demam) adalah disyorkan. Secara amnya, ubat asetaminofen atau parasetamol merupakan agen antipiretik pilihan. Namun ubat-ubat ini perlu gunakan dengan berhati-hati untuk memperolehi kesan antipiretik yang maksimum dan mengelakkan sebarang kesilapan tidak sengaja dari berlaku seperti dos berlebihan dan keracunan.