advertlets

Friday, October 14, 2011

Collection of soother

Harini nak citer pasal Nayli nye habits dulu ni..Habits die ni since lahir sampai la umur dia msuk 2 thn lbih jugakla..bermaksud baru beberapa bln ni la dia stop habits dia nih..Actually Nayli ni obses dengan soother ni..tp Nayli panggil tits.. xtau la korang panggil pe..


Since lahir rasanya collection dia dh lbih dari 10..kalo xde soother tu alamaknya.. 2 jam pun dia xkan stop lg nanges..huhuhu....mcm2 kaler, mcm2 patern ade..auntie2 dia pun ade gak yg belikan soother utk dia..bukan nk melarang..lg nk menggalakkan..
Tp now, sume tu dah over......berkat kesabaran kitaorg selamani..akhirnya Nayli berjaya stop dia nyer habit ni..No more tits ok.. kes dia 1 day, papa dia bengang gile coz Nayli duk ngamuk nak tits, tp that time tits dia dh koyak ckit, so mcm x hygiene  la kan..at last papa dia putus kan 2 then mintak dia pilih nak yg hujung & pangkal, dengan air mata berjujuran..Nayli menggelengkan kepalanya..huhu..sadis time tu..


Tp whatever pun, tu sume utk kebaikan dia..so skang ni, kalo dia nmpak soother ni pun, dia dh xnak.. Dia dh used to it la.. Bagusla kan..Bukan bagus pun soother ni..




I ade baca from blog Dr. Azwan, di antara keburukan soother ni termasuklah :

Terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite". 


"Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.


Sekiranya anak anda mempunyai masalah lelangit terbelah (cleft palate), dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan. Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah cleft palate mesti menghindari penggunaan puting kosong (malah menyusu menggunakan puting pun tidak digalakkan) ini secara berdisiplin. 







No comments: