advertlets

Wednesday, November 9, 2011

nayli demam lagi..







Nayli demam lagi.. mlm raya haji hrtu tetiba je badan dia panas..hidung dia brair..sian tul.. so mcm besa la bile dah demam, badan xselesa, mula la muntah2..and yang paling teruk..dia merengek2 and buat perangai la.. huhu..


sampai la hrni dia still demam lg, tp dh kurang ckit la.
Td duk search2 internet, i jumpe la artikel about demam  - Tanda badan anak melawan penyakit (http://www.susu.my).




Pengurusan sendiri (info sihat - Jabatan Kesihatan Malaysia)

  • Anda dinasihatkan supaya meminum banyak air, terutama air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang. Awasi tanda-tanda dehidrasi yang mungkin berlaku.
  • Catatkan bacaan suhu setiap 2 jam dan jika perlu catatkan setiap kali berlaku perubahan gejala. Kekerapan menyukat suhu mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak tetapi perubahan tingkah laku dan keluhan mereka boleh menjadi panduan untuk memberi ubat.
  • Bagi demam yang menyebabkan ketidakselesaan, lapkan badan dengan air suam dan ambil parasetamol atau ubat antipiretik lain. Jangan memberi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang berumur di bawah 20 tahun.
Berjumpalah doktor sekiranya....
  • Demam melebihi 40 0C yang tidak surut walaupun selepas 2 jam rawatan diberikan di rumah.
  • Demam yang berterusan: Banyak penyakit yang berpunca dari virus seperti selsema menyebabkan demam dengan suhu setinggi 39 0C atau lebih untuk jangka waktu yang singkat (12-24 jam).
  • Demam disertai dengan tanda-tanda jangkitan bakteria yang lain.
  • Demam yang dikaitkan dengan gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan.
Secara amnya, demam merupakan gangguan yang tidak berjangkit dan tidak merbahaya. Maka tujuan utama rawatan ialah untuk mengurangkan/melegakan ketidakselesaan yang dirasai. Dengan itu pendekatan sederhana bagi rawatan antipiretik (mengurang atau melegakan demam) adalah disyorkan. Secara amnya, ubat asetaminofen atau parasetamol merupakan agen antipiretik pilihan. Namun ubat-ubat ini perlu gunakan dengan berhati-hati untuk memperolehi kesan antipiretik yang maksimum dan mengelakkan sebarang kesilapan tidak sengaja dari berlaku seperti dos berlebihan dan keracunan.

No comments: