advertlets

Tuesday, December 13, 2011

on Last weekend

Dah lama mama Nayli x update blog nih..lately bz ckit…lagipun almaklumla cuti2 sekolah ni selalu la ade yang berkunjung ke rumah..weekdays pulak bz dengan keje..








Weekend haritu Nayli seronok coz dapat keluar berjimba-jimba dengan aunty2 dia, her papa’s side.. bukan pergi jalan jauh sangat pun dekat2 jer..dapat main kat  mini playground kat shopping centre is good enough for her.. Ini bermakna dua hari berturut-turut (Saturday & Sunday). At that time papa Nayli lak kena keje.. so berjimba-jimba dengan mama je la…

By the way, Kat sini mama Bayli nak share sedikit info  untuk parents semua mengenai “Keselamatan anak-anak di Taman Permainan”

Langkah-langkah keselamatan di taman permainan kanak-kanak

Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan perumahan didapati
tidak selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak berkenaan. 
Di antara ciri keselamatan yang disarankan :

• Ketinggian peralatan 
o Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang. 
• Tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh 
o Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain.

Elakkan permukaan yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah:
ƒ - Pasir (kedalaman 10 inci) 
ƒ - Serpihan kayu proses (kedalaman 12 inci) 
ƒ - Tikar-luar getah (rujuk American Academy of Paediatrics Public Education Brochure). 

·   Jerangkap 
o Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak terperangkap kepala mereka. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM). 

·   Skru dan pepaku yang menonjol 
o Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada badan dan mata. 

• Terjatuh/Terpintas 
o Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh atau terpintas.

• Peralatan berkaitan dengan umur 
o Kanak-kanak pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan peralatan permainan mereka. 

Pengawasan kanak-kanak

• Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan. 
• Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga. 
• Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar  kawasan  permainan yang disediakan. 
• Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan. 
• Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk
mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.  

No comments: